Friday 13 April 2012

Disiplin

'Mahar' yang mahal dalam nak menuntut ilmu antaranya kena tebal muka (berani, tidak malu tak bertempat) untuk betol-betol cari, ambil dan faham ilmu walau terpaksa jelajah sana sini, korban itu ini. Adab dalam menuntut ilmu ialah ilmu itu didatangi (pelajar pergi cari ilmu), dan bukannya ilmu itu mendatangi (guru pergi kat pelajar). Selain itu, nak memahami agama pun makan masa. Masa yang panjang diperlukan. Jadi, tak wajar jika seseorang nak segera berinteraksi dengan ilmu di luar kawalan kemampuan yang dia belum sampai. Orang yang alim adalah orang yang tahu bahawa dia tidak tahu banyak lagi ilmu (seperti masih lagi perlu belajar). Orang yang jahil ialah orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu banyak lagi ilmu (seperti sudah berasa cukup berilmu).

No comments:

Post a Comment