Friday 12 August 2011

Al-Quran dan penemuan sains- Kepentingan Sains Terhadap Ummat Islam


TAKRIF SAINS
Sains berasal dari perkataan latin scientia atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai science yang bermaksud pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan melalui metode ilmiah. Sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam semester ini.
Pengertian sains juga merujuk kepada susunan pengetahuan yang manusia  dapatkan melalui metode tersebut. atau bahasa yanglebih sederhana, sains adalah cara ilmu pengetahuan yang didapatkan dengan menggunakan metode tertentu.
Selain itu , sains juga dapat ditakrifkan bahawa ia adalah suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan yang terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau dan dicerapi dan disusun secara sistematik , dan dikumpulkan dalam bentuk hukum-hukum umum.
Dari takrifan berikut dapat dirumuskan bahawa sains merupakan satu proses untuk mencari dan menemui suatu kebenaran melalui pengetahuan , memahami tabi’i untuk menerangkan hukum Alam, Hukum sains bagi menerangkan undang-undang luar tabii.
Dalam ruang lingkup kehidupan manusia dikeliling oleh ilmu yang melimpah ruah tanpa manusia sedari. Jadi sebagai hamba Allah yang menyatakan syahadah hendaklah melafazkan kesyukuran kerana dikurnia nikmat ini. Ini kerana peranan sains dewasa ini dapat memartabatkan minda manusia dan akal fikiran agar dapat melahirkan insan yang dapat membela Agama Islam dari ditindas oleh masyarakat barat serta membentuk Negara yang tidak didominasi.




TAKRIF TEKNOLOGI
Teknologi berasal daripada perkataan ‘Tekne’ yang bermaksud kemahiran (skill) atau kraf (craft), kemahiran bermaksud pengetahuan , kebolehan, dan pencapaian ( knowledge,  ability ,  accomplishment) sementara craft pula bererti kekuatan , atau tenaga ( strength, power, or  force), sama dengan keupayaan untuk merancang atau membentuk. Craft juga bermakna kemahiran manusia yang diperoleh melalui pengetahuan dan kelaziman.
Dengan menggabungkan semua elemen yang telah disebutkan, maka teknologi dapatlah ditakrifkan sebagai “cara-cara yang digunakan oleh manusia dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai atau memenuhi matlamat dan tujuan tertentu.
Dari takrif yang diketengahkan , disini dapat simpulkan bahawa teknologi sebagai penggunaan bersistem pengetahuan-pengetahuan sains untuk pelbagai tujuan amali, penguasaan pengetahuan, kemahiran atau kebolehan untuk memudahkan urusan kerja dan kehidupan manusia.
Sains memberikan penekanan kepada pencapaian pemikiran manusia dalam menguasai ilmu pengetahuan. Bidang ilmu yang membolehkan manusia mengetahui, memahami, dan menerangkan sesuatu fenomena yang terdapat dalam alam semesta.
Teknologi ialah aktiviti matlamat terarah. Antara matlamat pentingnya adalah untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan manusia , contohnya meningkatkan kemampuan penglihatan manusia melalui penciptaan kaca mata ,teleskop, binokular, mikroskop, dan X-ray.
Skop tumpuan kajian sains adalah kepada pembanggunan dan pencapaian kreativiti minda ( domain kognitif ) iaitu pembentukan konsep, membuat khayalan dan imaginasi, melakukan ramalan serta telahan dan sebagainya. Manakala lingkungan pemfokusan penyelidikan teknologi adalah kepada kreativiti dalam penciptaan dan penghasilan produk ( domain Psikomotor) iaitu reka cipta, rekaan bentuk, pembuatan alat pengeluaran barangan dan sebagainya.


AL-QURAN DAN SAINS

Adakah al-Quran membicarakan persoalan sains moden hari ini,? Adakah salah jika fakta sains dikaitkan dengan al-Quran?. Tidak dinafikan bahawa Al-Quran menerima sains sejak wahyu diturunkan. Sains adalah ilmu. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. juga berkait dengan ilmu. Al-Quran memang menganjurkan umat manusia melakukan kajian. Apa jua yang berasaskan ilmu , kajian dan fakta dan sebagainya diterima baik oleh Islam. Namun dijadikan wasilah untuk mendapatkan ilmu iaitu pendengaran, penglihatan dan hati (termasuk akal ). Firman Allah :

ª!$#ur Nä3y_t÷zr& .`ÏiB ÈbqäÜç/ öNä3ÏF»yg¨Bé& Ÿw šcqßJn=÷ès? $\«øx© Ÿ@yèy_ur ãNä3s9 yìôJ¡¡9$# t»|Áö/F{$#ur noyÏ«øùF{$#ur   öNä3ª=yès9 šcrãä3ô±s? ÇÐÑÈ  
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” ( al-Nahl :78)

Al-Quran juga menegah takliq tanpa ilmu. Firman Allah :

Ÿwur ß#ø)s? $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# uŽ|Çt7ø9$#ur yŠ#xsàÿø9$#ur @ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ  
Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya    pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” ( al-Isra’:36)




Al-Quran juga menyuruh umat manusia agar melakukan pemerhatian dan kajian terhadap alam semesta, seperti dalam firman Allah :
óOs9urr& (#rãÝàZtƒ Îû ÏNqä3n=tB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $tBur t,n=y{ ª!$# `ÏB &äóÓx« ÷br&ur #Ó|¤tã br& tbqä3tƒ Ïs% z>uŽtIø%$# öNßgè=y_r& ( Ädr'Î7sù ¤]ƒÏtn ¼çny÷èt/ tbqãZÏB÷sムÇÊÑÎÈ  
“. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan Segala Yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) Bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada perkataan Yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman? “ (al-A’raf: 185)
Begitulah puluhan ayat-ayat Quran yang lain banyak menceritakan tentang sains.

ISYARAT-ISYARAT SAINS DALAM QURAN

Oksigen adalah penting dalam proses kehidupan manusia, ini kerana oksigen merupakan punca untuk manusia bernafas. Biasanya oksigen akan dikaitkan dengan tumbuhan-tumbuhan hijau seperti pokok-pokok , bunga-bungaan dan lain-lain yang memerlukan oksigen untuk bernafas. Ini kerana pokok atau tumbuhan hijau merembeskan karbon dioxide manakala manusia mengeluarkan karbon monokside, jadi disini pokok dan manusia saling memerlukan.
Diangkasa oksigen tiada, isyarat ini ada disebut secara tidak lansung didalam al-Quran. Firman Allah :

`yJsù ϊ̍ムª!$# br& ¼çmtƒÏôgtƒ ÷yuŽô³o ¼çnuô|¹ ÉO»n=óM~Ï9 ( `tBur ÷ŠÌãƒ br& ¼ã&©#ÅÒムö@yèøgs ¼çnuô|¹ $¸)Íh|Ê %[`tym $yJ¯Rr'Ÿ2 ߨè¢Átƒ Îû Ïä!$yJ¡¡9$# 4 šÏ9ºxŸ2 ã@yèøgs ª!$# }§ô_Íh9$# n?tã šúïÏ%©!$# Ÿw šcqãZÏB÷sムÇÊËÎÈ  

“. Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.”  ( al-An’am :125)

Selain itu, didalam al-Quran menceritakan serba sedikit tentang proses kacukan tumbuhan seperti pokok berlaku. Ada benih jantan dan benih betina. Isyarat ini disebut dalam al-Quran bagi menggambarkan kekuasaan Allah. Firman Allah :
$uZù=yör&ur yx»tƒÌh9$# yxÏ%ºuqs9 $uZø9tRr'sù z`ÏB Ïä!$yJ¡¡9$# [ä!$tB çnqßJä3»oYøŠs)ór'sù !$tBur óOçFRr& ¼çms9 tûüÏRÌ»sƒ¿2 ÇËËÈ  

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” ( al-Hijr :22)

Dalam al-Quran juga ada menceritakan tentang kewujudan lapisan kulit dan urat saraf sakit. Firman Allah :

¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. $uZÏG»tƒ$t«Î/ t$ôqy öNÍkŽÎ=óÁçR #Y$tR $yJ¯=ä. ôMpg¾ÖmW Nèdߊqè=ã_ öNßg»uZø9£t/ #·Šqè=ã_ $yduŽöxî (#qè%räuÏ9 z>#xyèø9$# 3 žcÎ) ©!$# tb%x. #¹ƒÍtã $VJŠÅ3ym ÇÎÏÈ  

“ Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( al-Nisa’ :56)




SAINS ISLAM DAN SAINS BARAT

Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.”
Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.
Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.






KETERBATASAN SAINS

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat.
Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.
Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.


KEPENTINGAN SAINS DAN MATLAMAT

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah.
Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, “Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.
Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia.
Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.
Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.
Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.














PENGERTIAN SAINS ISLAM

Pengertian pertama ialah sebagai disiplin ilmiah yang mengkaji sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun Islam serta hubungkaitnya dengan perkembangan awal sains dan teknologi di Barat. Pengertian ini menjadikan Sains Islam sebagai sebahagian daripada disiplin Sejarah Sains (History of Science) yang lebih luas.
Pengertian kedua ialah sebagai disiplin ilmiah dalam bidang Falsafah Sains dan Falsafah Islam yang merumuskan falsafah dan tatakaedah sains yang telah, sedang atau yang semestinya mengawalpandu kegiatan sains dalam tamadun Islam. Pengertian ini menjadikan Sains Islam sebagai salah satu cabang bidang falsafah sains, sejarah pemikiran dan falsafah secara umum.
Kajian mereka amat bermutu bersandarkan sumber asal dalam bentuk manuskrip yang diterjemahkan ke dalam bahasa semasa berserta ulasan dan penotaan ilmiah terperinci lagi panjang lebar.
Pengertian ketiga adalah sebagai disiplin ilmiah yang mengkaji perumusan semula ‘Sains Islam’ sebagai suatu rencana penyelidikan tajribi/amali/empiris jangka panjang yang bertujuan mengamalaksanakan nilai-nilai adab dan ilmu Islam (tatanilai ilmu dan tatanilai adab Islam) dalam semua kegiatan sains dan teknologi masakini. Ini bermakna usaha bersungguh-sungguh oleh ahli sains berhemah tinggi lagi sejagat sifat kesarjanaannya untuk menyepadukan secara kritis semua kegiatan sains ke dalam kerangka pandangan alam Islam, serta berusaha menjelaskan implikasi keilmuan, kekaedahan dan kenilaian yang bakal terhasil daripada proses penyepaduan kritis tersebut terhadap amalan sains semasa “critical integration of the scientific endeavor into the conceptual framework of the Worldview of Islam, and the concomittant explication of the cognitive, methodological and axiological implications of such integration for empirical scientific research”.
 Pengertian ini menjadikan Sains Islam sebagai satu kerangka/paradigma baru, atau tatakaedah penyelidikan baru, bagi semua kegiatan sains masakini agar terbina sains dan teknologi yang menzahirkan Pandangan Alam Islam (Worldview of Islam) ke dalam alam nyata.

PERANAN SAINS  DALAM  ISLAM

Mengukuhkan iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains, saling memerlukan, mengiktiraf dan menyokong. Ilmu untuk pengisian Iman dan amal bagi mencapai ihsan dan kamal. Kecermelangan hidup di dunia demi memperoleh kegemilangan kehidupan di Akhirat. Sains adalah pencapaian minda, tidak boleh dipisahkan daripada ilmu keagamaan dan ilmu wahyu menjadi paksi landasan dalam menentukan perkembangan ilmu intelek.
Sains berlunaskan prinsip tauhid, iaitu melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya khaliq, iaitu Allah s.w.t. Fenomena tabii dan alam semesta merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t.  Fenomena alam menjadi petanda-petanda Allah . keseragaman hukum alam yang terdapat pada sesuatu tabii merupakan penyataan sifat keesaan Allah s.w.t. Keunikan kepelbagaian jenis yang tardapat dalam sesuatu spesis memaparkan sifat kekayaan dan keluasan rahmat Allah s.w.t.
Sains dan ilmu pengetahuan merupakan suatu asset pelaburan amal soleh yang dilakukan oleh seseorang didunia untuk kepentingan di Akhirat kelak. Sains Islam memberikan penekanan kepada aspek keberkatan ilmu, iaitu unsur penting yang membolehkan seseorang ilmuan memiliki sifat kearifan dan kebijaksanaan hikmah, ketajaman daya kefahaman, tawfiq, dan hidayah.
Dilihat dari aspek nilai, sains terikat dengan nilai akhlak yang ditentukan oleh syariah, yakni sistem nilai yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Penggunaan sains dan ilmu pengetahuan berkait rapat dengan persoalan penunaian tanggungjawab akhlak, iaitu hak sesama mausia atau hak sesama makhluk dan hak terhadap Allah s.w.t.




KEPENTINGAN SAINS DALAM KEHIDUPAN

Sebagai negara dunia ketiga yang masih membangun dalam dunia sains dan teknologi, sistem pendidikan negara telah diterapkan dengan sains sejak dari pendidikan rendah lagi. Sains yang membawa maksud ilmu pengetahuan, secara am nya berpandukan penjelasan berdasarkan pemerhatian dan rasionaliti dalam alam semesta yang mempunyai segenap bidang untuk diterokai. Kedatangan  ilmu sains banyak membawa manfaat kepada manusia dalam kehidupan seharian manusia. Dengan ilmu sains manusia dapat mereka cipta pelbagai mesin dan kemudahan infrastruktur untuk kepentingan manusia sejagat.
Mereka yang menolak sains daripada kehidupan dengan menganggap subjek-subjek Sains yang diajarkan di sekolah hanya sia-sia, sebenarnya duduk di dalam skop pemikiran yang kecil di mana Sains sememangnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Walau kita tengah beristinjak di dalam tandas itu pun dikira sebahagian daripada Sains di mana ia adalah proses berkumuh membuang bahan perkumuhan daripada badan. 
Walau dalam bidang sukan sekali pun, Sains diaplikasikan dalam menambah baikkan mutu sukan itu sendiri. Contohnya seperti dalam bola sepak, bola yang digunakan dalam Piala Dunia sentiasa diubah suai dari setahun ke setahun dalam menjadikan ia berdaya pecutan lebih tinggi. Mutu kain yang digunakan dalam pakaian sukan dimodifikasikan untuk mendapatkan kesuaian suhu dan sistem perpeluhan yang baik semasa digunakan dalam bersukan. Siapa kata ahli sukan tidak perlu mempelajari ilmu sains? Guru Pendidikan Jasmani, instruktor sukan/gim dan bakal-bakal ahli sukan turut mempelajari anatomi badan dan fisiologi untuk diaplikasikan.

Fikiran yang cetek hanya menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi sahaja yang dianggap Sains walhal Sains merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Itu masalah mentaliti kebanyakan remaja masa kini yang memandang remeh akan aliran Sains sedangkan dalam membangunkan negara kepada tahap yang lebih maju, tenaga kerja manusia daripada segenap bidang daripada pecahan berpaksikan Sains amat diperlukan dalam membentuk sistem yang lebih utuh terutamanya teknologi.


KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI  MEMBENTUK UMMAT

Kedatangan sains atau ilmu adalah anugerah yang tidak terhingga yang di beri oleh Allah s.w.t. bagi memudahkan manusia untuk mengatur dan mentadbir muka bumi ini. Dengan sains manusia dapat berfikir tentang kejadian manusia dan alam. Manfaat sains dalam kehidupan manusia dapat menambahkan keimanan kepada Allah s.w.t. dengan mempelajari ilmu tentang duniawi dan ukhrawi yang dapat membantu manusia menjawab persoalan yang sering kali di soalkan iaitu dari mana asal manusia , bagaimana penciptaan manusia, dan kemana manusia selepas mati.
Sains atau ilmu dapat membuktikan kewujudan Allah s.w.t. dan dapat menepis segala tohmahan barat bahawa alam ini terjadi dengan sendiri ( nature) atau semulajadi. Jika umat Islam tidak mempelajari Ilmu dengan senang mudah ditipu oleh orentalis barat yang menyanjung prinsip rasionalisme. Islam sendiri menekan kepentingan mempelajari ilmu, seperti dalam hadis Nabi bersabda “ tuntutlah ilmu dari dalam buai hingga ke liang lahad “,. Firman Allah :

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ   Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ  
“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -“ (al-Alaq: 1-4)

Dengan ilmu atau sains dapat membantu manusia beribadat dan menyerlahkan kebenaran. Ini kerana tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil dan seringkali membuat perkara-perkara yang mungkar yakni yang dilarang Agama Islam. Islam sendiri mengajar umat Islam agar berpegang pada prinsip “Amar makruf nahi mungkar” yang mana dapat mencegah kemungkaran dari terus berleluasa. Bagi mengelakkannya berlaku, di tuntut untuk menimba Ilmu agar peroleh kesenangan di dunia dan Akhirat.

PERBANDINGAN SAINS ISLAM DAN SAINS BARAT

1.                  Sains Islam
Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh dari aspek kehidupan manusia baik dari adab-adab hinggalah kepada cara-cara memerintah Negara. Terdapat minority masyarakat barat menyatakan bahawa Islam  adalah agama yang jumud kerana tidak menerima sains. Mereka menyatakan tanpa memahami tentang Islam yang sebenarnya. Tanggapan mereka adalah salah kerana Islam tidak pernah mengenepikan sains malah menuntut umatnya untuk mempelajarinya. Kita sendiri tahu bahawa terdapat tokoh-tokoh sains dari kalangan umat Islam antara yang mempeloporinya adalah Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi. Antara dari mereka adalah tokoh perubatan dan tokoh matematik Algebra.
Corak sains Islam adalah mengimami wahyu yakni berlandaskan kitab Al-Quran dan sunnah. Seperti yang sedia maklum, wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah berkaitan menuntut ilmu. Firman Allah :

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ   Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ  

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -“ ( al-Alaq’: 1-4)

Dalam Islam, sains adalah sebagai alat untuk mencari redha Allah, iaitu satu bentuk pengabdian yang terdapat fungsi dari rohani dan sosialnya. Dapat dihuraikan bahawa mengkaji dan mempelajari tentang alam dapat mengenal lebih lagi tentang makrifatullah dan makhluk-makhluk ciptaanNya yang lain agar dapat bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Nya.

Selain itu, metod sains Islam adalah lebih kepada memihak kepada kebenaran. Contohnya jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral. Sains Islam juga menetapkan subjektif, iaitu pengesahan pernyataan bergantung kepada operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektif memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-kelemahan mereka.
Sains Islam lebih kepada berorentasikan masyarakat, yakni melakukan sains adalah tanggungjawab sosial ( fardu kifayah) dan masyarakat mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain. Maksudnya Islam lebih mementingkan konsep persaudaraan Islam agar ummat manusia tidak berpecah belah dan bertelingkah. Bertepatan dengan sabda Nabi berkaitan persaudaraan Islam iaitu:
Tidak beriman seseorang itu jika tidak mencintai saudaranya berbanding dirinya sendiri”
Selain itu tujuan Islam menganjurkan umatnya untuk pelajari sains adalah untuk kesetian kepada Allah dan makhlukNya. Yakni dengan menjadikan pengetahuan sains sebagai satu jalan memahami tanda-tanda tentang kewujudan Tuhan yang maha Esa. Sains Islam juga jika membuat sesuatu kajian, tidak sesekali dalam menetapkan sesuatu matlamat menghalalkan cara walaupun melanggar batasan syariat. Inilah yang membezakan sains Islam dengan sains barat.










                                                                  SAINS BARAT

Istilah sains  adalah istilah yang diperkenalkan oleh orientalis barat yang membawa pengertian suatu bentuk kajian dan pemerhatian ke atas sesuatu, kemudian di cerap melalui pancaindera dan disusun secara sistematik. Itulah makna kepada pengertian istilah science tersebut.
Dalam kajian yang dibuat oleh pengkaji barat, mereka lebih mengimami sikap rasionalisme dalam penelitian yang dibuat. Yakni lebih kepada akal, bukan berdasarkan wahyu yang dipegang. Menurut sains barat jika dalam  sesuatu kajian, mereka menemui jawapannya, mereka tidak terus putuskan. Bagi mereka kenyataan sains dibuat hanya berdasarkan asas bukti yang meyakinkan.
Bagi barat, jika mengkaji sesuatu kajian sains perlu berpegang pada prinsip invidualisme yakni seharusnya memisahkan diri mereka daripada keprihatinan mereka tentang sosial (masyarakat), politik dan ideologi. Mereka lebih bersifat sekular kerana dalam kajian, mereka  memisahkan pegangan agama selepas mendapat jawapannya. Maknanya mengagungkan akal lebih dari segalanya.
Selain itu, dalam kajian sains yang dibuat oleh barat, matlamat mereka menghalalkan cara. Yakni tidak kira cara yang dilakukan melanggar syariat agama atau pun tidak mereka tetap teruskan juga demi mencapai sesuatu matlamat kajian.







KESIMPULAN

Kedatangan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia serba sedikit membawa natijah dan kebaikan yang membawa manfaat kepada manusia dalam dari segi politik, ekonomi, pentadbiran dan pendidikan. Dengan sains manusia boleh mereka cipta pelbagai benda-benda yang menguntungkan manusia, boleh meningkatkan taraf kemajuan dalam sesebuah Negara. Namun begitu, jangan kerana manusia terlalu bergantung dan manja dengan sains dan teknologi manusia jadi malas dalam melakukan pekerjaan harian yang tidak memerlukan mesin atau benda yang canggih. Jadi, dalam sesuatu kajian sains hendaklah mengimami wahyu agar tidak mudah terpesong dari landasan Islam dan hendaklah dalam sesuatu kajian itu berdasarkan al-Quran dan Hadis.














BIBLIOGRAFI

Mohamad Nidzam Abdul Kadir & Mohd Zamri Mohad Zainuldin. 2008. Beginilah Al-Quran Mengajar Kami.

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib. Jun 1997. Tamadun Islam.

by: sdr. shahid saufi shahrudin  diploma usuludin kolej darul hikmah
     sdr. mohamad saiful Islam yusuf.


No comments:

Post a Comment